Merry X-Mas!!
Wahh!! Hari Krismas muncul lagi…Harap-harap takde dah bencana alam yang akan menimpa negara kita. Amin! Boring la hari Krismas ni nak buat ek?! Takkan tengok TV jer…Ntahlah! Hah! Dah dapat idea! oleh sebab itu kena ciao dulu
Seminggu di negara orang
December 13, 2005, 4:51 am
Filed under:
Travel
Assalamualaikum….
Apa khabar korang? Dah lama tak berblog ya…Aku baru aja pulang dari negara orang. Melihatkan tempat orang mengingatkan aku tentang negaraku. Aku bersyukur sekali aku dilahirkan di Malaysia sebagai orang Malaysia. Aku berbangga memakai kereta PROTON Wira. Aku berbangga duit ku dalam Ringgit Malaysia. Walau ramai orang Malaysia yang kurang suka, namun aku berbangga dengan KLCC dan Putrajaya. Terima kasih Dr Mahathir kerana memberi kami rakyat Malaysia, suatu aset yang tak ternilai harganya, setelah 400 tahun runtuhnya Kota Melaka! Hanya Allah saja yang dapat membalas jasanya! Amin! Aku harap kita tidak mensia-siakan pengorbanan beliau. Aku juga bangga dengan sikap orang Malaysia yang bukan lemah tapi lembut, berterus terang. Aku juga berbangga dengan A. Samad Said, Osman Awang, Keris Mas, karya mereka melagukan semangat juang bangsa. Aku bangga kerana P Ramlee adalah artis dari Malaysia. Aku juga bangga apabila Sheila Majid, Siti Nurhaliza, Too Phat, Sudirman dan ramai lagi menjadi idola ramai di arena antarabangsa. Tahniah jua buat Nicol David kerana mengangkat martabat Malaysia ke tempat yg lebih tinggi. Aku juga berbangga kerana ramai rakyat Malaysia mampu berdiri di atas kaki sendiri dan tinggal di luar negara. Malaysia Boleh!
Alhamdulillah kita telah berjaya sampai ke pelbagai peringkat. Namun aku harap kita semua bersyukurlah selalu kepada Allah. Ingat tujuan kita diturunkan ke muka bumi ni. Kerana kita selalu bersyukurlah Allah bagi kita kesenangan. Tengok orang diatas, kita berusaha bukan hanya cemburu yang tidak bertempat, kita lihat orang dibawah kita, kita bersyukur dan menolong mereka. Tidak perlu berjubah, berjilbab untuk menjadi Islam, Islam di hati itu lebih bermakna dan bermanfaat. Kalau masing-masing memikul tanggungjawab sebagai khalifah dan umat yang bertuhan dimuka bumi ni, Insya Allah, Tun Dr. M, Pak Lah Ahmad Badawi tak payah susah-susah nak hambat dengan rotan. Jomlah kita tolong-menolong sesama kita. Bukankah itu budaya Malaysia dan amalan setiap agama di Malaysia? Selalulah membaca dan mengkaji Al-Quran dan sejarah. Jawapan tentang kehidupan banyak di situ. Bila kita dekat Tuhan kita bebas, bila kita jauh dengan Tuhan kita terkongkong. Waallahua’lam.