My Bla..bla..bla…


Xin Nian Kuai Le…
January 28, 2006, 3:00 am
Filed under: Uncategorized

Annyong Haseyo,

Hari ni raya cina hehehe… Aku sepatutnya balik kampung tapi hehehe semalam aku balik lambat dengan adik aku, tengok wayang midnite la konon…Balik keja lepas maghrib terus g Mid Valley dengan Hajar-ssi and Ono-ssi tapi Hajar-ssi kena balik awai sebab dia nak balik umah abg dia. So tinggal la aku, adik aku Tan’im, Ono-ssi…kami tengok citer Siam, Long Khoong! Fulamak memang la masyarakat Siam ni sampai sekarang masih dok ikut tradisi…. Bebudak skolah pun terror bab-bab bomoh-membomoh orang ni ek… Horror siot! Oleh sebab balik lambat, gue pun tidor lambat, siap bangun lambat pastu kena tinggal la jadi jaga kat rumah ni…parents gue suma balik kg….

Hehehe gue tgh dok mengenakan somebody, kuar dulu ek..nanti kita sambung dengan citer sensasi lagi basi…



Bicara Tengahari
January 14, 2006, 9:24 pm
Filed under: Uncategorized

Hehey! Minah pujangga dan fantasia…

Selamat tengahari! Hmm pasal apa blog ni ditulis pada waktu tengahari ek? Pasalnya waktu ni selesai breakfast, aku memang suka berhibernasi dalam rumah, buat kerja-kerja rumah atau papelah yang dekat rumah. Kalau nak keluar waktu ni cam panas sikit, so adalah lebih baiklah pada hari Ahad camni dok kat rumah. Tapi tengoklah mungkin tak lama. Hehehe almaklumlah keturunan vampire cam aku ni memang suka keluar pepetang atau memalam. Tengok moodlah. Kalau ikut logik, hari Senin aku kerja, kekadang aku memang malas nak keluar langsung. Duduk kat rumah baca mag ke, buku ke, lagi bagus. Bermanfaat juga berfaedah.

Hari ni aku rasa riang sikit, entah sebab apa. Dua tiga menjak ni, ilham asyik datang je…so memang rasa nak menulis je tangan aku ni. Agaknya kalau aku tulis buku, dah jadi cam JK Rowling dah agaknya. Ishh comel betol la Harry Potter tu kan! Walau tu citer kekanak tapi aku suka gak tengok, tak kira! Aku dok asyik tengok VCD Harry Potter Sorcerer’s Stone, Chamber of Secrets, Prisoner of Azkaban dengan yang latest apa ek lupa pulak…dengan anak saudara aku yang berumur 2 tahun tu berulang-ulang kali. Kita dua orang memang suka ceciter camtu. ;) Well apa nak buat that’s me!

Hmm sesambil menaip ni, aku baca sekabo sekali…alahai, banyak peristiwa dan tragedi berlaku awal tahun ni ek…Takut bila baca! Tragedi rempuhan Mina kat Mekah, sebelum hotel runtuh kat Mekah jugak…nasib baik tahun lepas masa ibu dan adik lelaki aku pegi sana Alhamdulillah takde pape berlaku. Bersyukur bebanyak. Pastu dengan gempa bumi kat Indon, sekali lagi berlaku..tak silap aku gegaran tu pada 5 skala Richter. Dashyat gak tu walau tak sampai 9 skala Richter cam kat Acheh hari tu…Pastu dengan citer perang tak habis-habis kat Iraq, Palestin (yang dah gaduh beratus-ratus tahun tak sesettle lagi)…Dengan yang latest ni, dorang tak puas hati dengan IRan pulak…nak kacau Iran pulak….Pastu dengan citer Dr. Elie Najeem yang ntah pape tu…tetiba je cakap dia tu antara mamat terkaya kat dunia…nak derma ka MAKNA la konon…letih..letih..PAstu dengan citer pepelik, org jumpa ikan bermulut dua, niaku baca kat Utusan ke mana ntah, siap ada gamba ikan tu. Horror siot! PAstu dengan tetiba je kat Pantai Klebang (tak silaplah! correct me kalau salah) kat Melaka muncul banyak giler kerang dan udang! Dorang sampai bleh kutip bertong-tong! Bila aku pikir-pikir melalui pembacaan dan pendengaran dan juga pemerhatian, memanglah dekat-dekat akhir zaman dah ni. Bila compare balik semua peristiwa dengan ayat-ayat suci Al Quran…barulah kita tau kita ni kat awal zaman ke akhir zaman. Ramai orang tak perasan sebab they choose not to….bila kita tak nak ambik pasal bebenda ni suma dan pilih untuk meneruskan hidup kita yang sememangnya dah lalai dan lari dari landasan….then Allah pun bagilah jalan yang macam tu kat kita. Pastu kita akan macam tu sampailah kita mintak doa kat Allah S.W.T. supaya dilapangkan dada dan ditunjukkan jalan yang benar…Bukan berkhutbah, tapi cuba betuli diri jua…Aku pun macam korang suma gak, ada ion positif dan ada ion negatif…kekadang bila ada angin baik, aku membacalah dan cuba jadi yang terbaik untuk hari tu. Bila datang angin tak baik, hmmm hancurlah dunia…hehehe Ya Ampun! Aku tengok aku ni, kalau azam memotivasikan diri memang mantap, tapi azam nak melengkapkan sembahyang satu hari tu pun susah…Aku perasanlah kan..kalau hari tu aku berazam nak cukupkan sembahyang 5 waktu aku pastu dengan kerja-kerja aku sekali semuanya akan berjalan lancar….walau sebenarnya tak berazam pun nak buat kerja camana hari tu cuma azam nak lengkapkan sembahyang. So memang power dan best la…tapi azam tu kena ikhlas dan mesti buat bukan sesaja…Allah tahu dan dengar dan lihat ek…Takyahlah tetipu….Buang karan je…

Teringat aku masa zaman skool dulu, aku ni bebudak baik je…almaklumlah takde benda lain nak pikir, pegi skool, makan, sembahyang, study…tu je rutinnye…bila dah keje, kengkawan yang slalu guide aku tu pun dah berterabur kat atas muka bumi ni, dan aku pun jumpa banyak kawan baru yang best-best, talented semuanya. Aku rasa hidup aku best lagi sekarang ni, tapi aku kerap rasa jiwa aku kosong, aku rasa aku ni takde tujuan hidup…kenapa ek?! Namun bukan salah kawan-kawan aku, bukan salah parents aku, bukan salah adik-beradik aku…Last sekali, ia berbalik kat aku…Hmmm

So? Apalagi yang aku boleh buat melainkan bersihkan kotoran hidup yang memang aku yang carik sendiri tu dengan kain-kain perbuatan yang baik….korang pun apa tunggu lagi jomlah kita buat sesama! At least aku pun dapat pahala bila korang pun buat sama…. ;)



EDisi Raya haJi
January 6, 2006, 7:59 am
Filed under: Current Affairs

Huarghhh…ngantuknyeee…tp dah lama tak tulih, camana ni? Waa!!!!! Letih betoi la hari ni. Pepagi td pukul 0540, aku dah bangun. Pastu sesiap, iron baju (sepatutnya iron dari semalam sebelum tu tp dek kerana letih sangat, gue dah tertidoq, nasib ahh bangun pati tadi kena gosok baju plak!) Pastu lebih kureng 0640 aku bertolak pi keja. Sampai pepagi tadi tak sempat nak jalan saing dengan En Anuar pasai aku sampai lambat kuar kereta 4 minit dari dia! Cesss hari ni dia awal sikit dari aku! Tak boleh jadi, selalu aku juara datang awal!!! MAna buleh ada org rampas crown aku! Minggu depan aku kena usaha lebih sikit hehehe… Hmm aku ada satu lagi azam tahun baru yg memang menjadi impian aku tetiap tahun! Hampeh tak pernah jadi! Aku nak menguruskan badan aku yang makin dipam-pam nih! Adoi! Letih la gue nak exercise. Makan memang best!!!!!!!!!!!!!! Tapi lama-kelamaan ia menyusahkan aku…camana aku nak motivate diri aku ni…baju memang banyak dah tak buleh pakai tapi tak sedaq diri gak…. Walhal dulu walau takde orang minat kat aku, aku tetap langsing…Camana aku buleh jadi Bigfoot Giganto lak ni? Aiyo!

Kalau korang ade idea camana nak mempercepatkan penurunan berat badan aku ni bgtau la…mungkin displin aku dpt bertahan dlm masa yg singkat tapi kalau yg jenis lama, err gue tak pasti loh!

Tadi kat ofis pun kakak-kakak tu pun dok citer pasal camana nak kurus badan la, pasal camana dorang bleh adapt dengan famili suami dorang yang berketurunan Jawa. Kelakar betol! At least terubat hati yang duka lara ni disebabkan orang-orang yang mengetepikan perkataan ‘hormat’ dalam hidup dorang. Bila dah masuk alam kerja ni barulah aku tau camana yang dikatakan gila kuasa, gila pangkat, gila glamour, gila harta, gila pujian, bermacam-macamlah gilanya! Apalah yang dorang ni pikir kan?! Tak ingat ka, kalau kita buat kat orang, one fine day, Allah akan balas jugak, tak kat kita, kat anak kita, ahli keluarga kita,…it’s a matter of cash or pakai credit card. Dua-dua pun bahananya memang mantap kalau kena! Aku selalu pikiaq kalau nak buat sesuatu. Tapi orang-orang ni tak pikiaq, entah-entah tak pernah ingat langsung kat Allah s.w.t. NA’uzubillah! Kalau dorang ingat, dorang takkan buat camtu kat orang lain!!! Tak taulah…tapi ingatlah hidup ni berputar, kita selalu lupa akan sejarah tapi sejarah takkan pernah melupakan kita. Jadilah selalulah membaca, bukan takat magazine hiburan saja, tapi semua material. Kerana dengan membaca otak kita akan berputar sama seperti planet, bumi, matahari, bulan, gunung-ganang yang berputar. BArulah wujud keseimbangan. Kalau otak kita berhenti berputar sedang makhluk Allah yang lain berputar. Maka itulah yang kita namakan MATI!! Aku suka nasihatkan orang sebab at least aku dapat mempringati diri aku gak. Aku pun khalifah di muka bumi ni sama la seperti Tun Dr M, Pak Lah Badawi, rakyat Malaysia yang lain, buat apa nak rasa rendah diri mahupun meninggi diri. Takde pekdahnya! Unless kalau teringin nak jadi sahabat syaitan yang direjam, go ahead! Bila camtu tu yang jadi akhlak, pakaian, sembahyang pun tak tentu arah….Na’uzubillah! Aku nak hidup bahagia di duia dan akhirat bukan di dunia saja. Ya Allah bimbinglah aku dan umat muslimin dan muslimat di dunia yang fana ini. Amin dan Wassalam 



Dari Mata turun ke hati…
January 6, 2006, 7:03 am
Filed under: Current Affairs

Dari mata ini kulihat
Jalanraya sesak
Kereta, lori bertali arus
Tiada henti, tiada hati

Dari mata ini kulihat
Banyak orang berbicara
Kosong, tiada makna

Dari mata ini kulihat
Si gadis cantik anggun
Si teruna tampan bergaya
Si bapa segak dan kemas
Si ibu kucalana sibuk
Si anak penuh mulut dengan nasi
Nampak meriah dan tenang
Namun jiwa kacau di dalam
Masih mencari-cari
Yang entah apa dicari…
Tak pasti

Dari mata ini kulihat
Langit yang tadinya gelap
Beransur menjadi cerah ceria
Penuh makna dan tafsiran
Walau mudah tapi padat
Walau kosong tapi penuh
Walau hitam tapi biru

Dari mata ini
Hati menjana
Tentang pusingan lumrah ini
Bacalah olehmu
Dan sesungguhnya
Kami menyuruh kamu berfikir