Kini Gemilang itu Semakin Pasti Ku genggam…
Salam Sejahtera semua,
Kita bertemu lagi di ruangan yang tak berapa luas ini… Ok topik kita hari ni adalah berkenaan hari minggu yang lepas. Ala baru-baru ni…
Hari Sabtu minggu lepas aku berpeluang la pi tengok Jaclyn Victor kat Angkasapuri. Ya Allah! Full House wa cakap lu! Perghhh…tapi Jac memang tak mengecewakan. AKu tengok walau banyak mamat dan minah yang kena berdiri sebab seats semua penuh tapi depa tak bising mahupun mengeluh. Hebat betoi!! Bak kata ibuku yang memang selalu betoi, "Kalau tilawah Quran tak dak pulak sesak sampai macam tu! Depa sanggup berasak walau siaran tu ada kat TV. Kalau tilawah Quran, ada kat TV pun depa tak tengok". Errr…aku terkedu seketika, walau dah kena zass camtu aku tetap pi jugak..Ishh ketegaq sunggoh! Err adik-adik dan anak-anak sekalian sila jangan tiru perbuatan ini di rumah kerana ini akan membahayakan diri anda. Namun begitu aku pastikan diriku dan orang-orang yang mengikutiku tidak terlepas sembahyang Maghrib dan Isyak. Kang tak pepasal, dah la aku dah berdosa siap kena tanggung ahlil kereta yang lain lagi…Hiii tak sanggup aku bebeh!
Memua Jac start dengan lagu "Di Bawah Pohon Asmara". Lagu tu memang best. Dengar kata tu sebenarnya lagu lama dan diperbaharui oleh Jac. Hmmm..betul ke ek? Sapa nak jawap? TOwards the end, jac nyanyi lagu "Menghitung Hari", "Because Of You (Kelly Clarkson)", "Sinaran (Sheila Majid)", "Superwoman (Karyn White)" dan memacam lagilah..semuanya version Jacyln Victor. Aku rasalah pengalaman telah membuatkan keyakinan dia untuk manipulate kedinamikan suara dia dalam lagu. Tu pasal la dia tenang dan konfiden kat atas stage, takde nye gigil-gigil. Aku kagum dan ingin contohi sikap dia tu. Dia pun tak sombong, kebetulan aku pi la RTM nak ambik pas masuk untuk Zoom In Jacyln Victor, hari Khamis minggu lepas, tak kusangka cempedak jadi nangka, heheehe, sebenarnya aku leh pegi sebab aku MC hari tu. Sakit perut! TApi bukan tetipu ek, bak kata doktor aku kena keracunan makanan.. Letih woi!! Asyik muntah dan cirit-birit. Sampai pening kepala aku asyik keluar masuk toilet!! Aku jadi tak lalu makan sampai hari ni. Sebutir nasi pun aku tak makan. Semua benda aku tak lalu. Tetiba aku jadi cerewet, walhal sebelum ni aku buleh la dikategorikan sebagai "tong sampah". NAmun begitu, lepas aku dapat surat MC dari doktor, aku terus pecut kereta comelku ke RTM hehehe…Tu lah tu tak sangka, kakak kat Unit Hiburan TV tu suruh aku pi Auditorium ambik pas. Dan secara tak langsung aku dapat tengok upacara rehearsal. Pukul 1.30 tak silap aku, kecepek..kecepek..aku dengar seseorang ni lari masuk ke Auditorium. Ingat sapa rerupanya Jac!!! La…pakai selipar je… Selambanya dia ni! Tapi oklah, aku suka dia camtu….Sesambil aku tunggu dorang ambik pas kat aku, sempatlah aku tengok Jac nyanyi semua lagu sampai habis. Acis yang jadi Music Director..Perghhh tu pun mantap gak tuh! Aku bab-bab musik ni memang serah kat aku. Dari dulu sampai sekarang camtu la, tak pernah berubah walau sebesar biji sawi pun hehehe… Aku minat sangat. Dulu aku pernah belajar main piano masa umur 4 tahun sampai 9 tahun kat Yamaha Music. Pastu sebab pindah dari Kedah ke KL so tergendalalah aku nyer lesson tu. Pastu takdak peluang lagi dah pasai bz ngan skool…. Tapi aku tetap ada keinginan nak cipta lagu dan main alat muzik suatu hari nanti. Walau ibuku dok bising, tapi beliau jugaklah yang mendorong aku ke arah muzik ni hehehe…no wori ibu, Insya Allah tak terkluar rail nyer….
Insya Allah…. Muzik, muzik jugak, akhirat jangan lupa… World!!!
Akhir kalam, aku sudahi karangan ku untuk hari ni dengan wabillahitaufikwalhidayahwassalamu’alaikumwarahmatullahhiwabarakatuh!
Tengok..kan dah bagitau…
Melayu harus risau tulisan jawi berkubur
PULAU PINANG 8 Feb. - Masyarakat Melayu di negara ini haruslah mengambil sesuatu langkah bagi menghidupkan semula tulisan Jawi ekoran tulisan itu telah `berkubur’ apabila akhbar Utusan Melayu Mingguan - satu-satunya akhbar dalam tulisan jawi - kini telah dihentikan penerbitannya.
Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, penutupan penerbitan akhbar Utusan Melayu Mingguan seharusnya dipandang sebagai satu kematian kepada warisan bangsa kerana tulisan jawi adalah satu pusaka warisan bangsa yang telah menjadi skrip rasmi dan lidah Melayu selama lebih 600 tahun.
Katanya, masyarakat Melayu tidak seharusnya cuma berpeluk tubuh melihat tulisan jawi menghilang dari ufuk budaya dan persoalan berat ini menuntut penyelesaian daripada orang Melayu sendiri.
Beliau berkata, apabila penerbitan akhbar tulisan jawi dihentikan pada 29 Januari lepas, adalah jelas orang Melayu tidak mempedulikannya sedangkan pada hakikatnya ia bererti kematian kepada sebahagian jasad budaya warisan Melayu itu sendiri.
“Tidak ada orang yang mendengus, tidak ada orang yang mempolemikkan kematian ini dan minat terhadap tulisan jawi telah menurun,” katanya pada ucaptama bertajuk Unsur-unsur dan Cabaran Perpaduan Ke Arah Membina Negarabangsa Malaysia sempena majlis Perhimpunan Perdana Perpaduan Awam anjuran Majlis Perundingan Muhibah di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini hari ini.
Teks ucapannya disampaikan oleh Naib Cancelor USM, Datuk Prof. Dzulkifli Abdul Razak.
Rais berkata, apabila akhbar Utusan Melayu yang mengoborkan politik dan perjuangan Melayu berdekad-dekad lamanya mati kerana tidak dibeli lagi oleh orang Melayu dan dalam masa yang sama populariti bahasa Inggeris berterusan seperti apa yang berlaku sekarang, suatu ketika kelak akhbar-akhbar bahasa Melayu juga akan mengalami nasib yang sama.
Katanya, jika peredaran zaman menjadi alasan sehingga bangsa Melayu tidak lagi berminat dengan tulisan jawi, bukan sahaja budaya Melayu akan terjejas malah perpaduan Melayu juga tidak akan tercapai. - Bernama
Jawi Oh Mawi!
ASsalamualaikum semua,
Eh Korang tau tak suratkhabar jawi kita "Utusan Melayu Jawi" dah ditutup…. Sedih Betoi! Aku rasa korang pun tak pernah tau dan ambik tau pasai ni kan?! Macam mana la nak ambik tau, sekarang ni masyarakat dok sibuk nak jadi penyanyi. Ibu dan bapak sanggup dok menangis dalam TV sebab anak mereka tak boleh jadi penyanyi. Adoi! Apa dah jadi ni Melayu?!!! Dengan jawilah kita mendapat negara kita balik, dengan jawilah kita belajar kitab agama, dengan jawilah kita membangunkan Malaya menjadi Malaysia! Macam mana bangsa lain masih boleh mempertahankan identiti mereka kat sini walhal mereka dulu asalnya pedagang sahaja. China Press da Tamil Kural masih gah di pasaran mereka sedang kita yang menguasai lebih 50% bangsa di Malaysia gagal mempertahankan identiti kita, kemungkinan agama pun tengah bergoncang sekarang. Melayu bila pi Eropah balik dah pakai baju macam orang Barat dah, cakap toksah kira lah kalah orang putih yang original…. Pi Jepun, Pakistan, arab pun sama la jugak! Tapi yang aku hairan orang putih ka, orang arab ka, pakistan ka, sesapa lah yang orang asing ni tak pernah pulak depa dok bawak balik baju melayu ka, budaya melayu ka, bahasa melayu ka, jadi kehidupan seharian depa….Fleksibel sungguh bangsa Melayu ni.
Ni ada satu karya penulis yang dikenali sebagai Nuruddin dari Ulu Jempul, Majalah Majlis, 18, Julai 1946, untuk tatapan hampa, fikirkanlah:
Marilah Kaumku
Marilah kaumku yang pada berpakat
Muslimin muslimat sama bersekutu
Yang jauh ditarik dekat
Bercantum hakikat menjadi satu
Marilah kaumku kepada maju
Kemuncak gunung tinggi upaya
Jika terpesong pedoman dituju
Segala maksud tidakkan jaya
Marilah Kaumku kepada berhemah
Berkasih sayang berkenal-kenalan
Tua-muda ramah beramah
Meneguhkan muhibah tali simpulan.
Marilah Kaumku kepada bersemangat
Gerak-geri selalu bersedia
Patut kenal sepit dan sengat
Kemajuan hidup tidak terpedaya
Marilah Kaumku kepada amanah
Tulus ikhlas sejati sebati
Bahasa Melayu jangan dipunah
Bangsa tersua kepada mati
Marilah kaumku kepada cerdik
Barang ditegah tidak terburu
Agama dan adat mahu dididik
Haram dan halal tidak keliru
Marilah kaumku berbuat jasa
Usaha dan rajin jadi binaan
Buatlah kebajikan setiap masa
Namun hidup dengan kesempurnaan
Marilah kaumku buat bakti
Bagi memelihara hak kebangsaan
Kemajuan kaum patut diberati
Haruslah bangsa dapat kemerdekaan
Marilah kaumku sama-sama selamat
Watan dan bangsa seisi negeri
Iktisad hidup jagalah cermat
kemuliaan kesenangan kelak termeterai
Marilah kaum bertawakal
Serahkan diri kepada Tuhan
Niat bersih cita-cita pukal
Dunia akhirat beroleh kelebihan!!!
Hampa bacalah dan hayatilah.. makan dalam tu! Aku pun tempias gak hehe…bukan korang je.
Tak payah tunggu Hari Merdeka, bukan sambut pun dok berseronok saja lebih! Langsung takdak makna! Bila buat majlis yang bermakna, segelintir ahli masyarakat saja yang sokong , akhirnya DBP pun tutup saja. Jom onjak sekaki memupuk jati diri…Kita tak pernah terlambat, cuma tak mau buat saja. Akhir kata usah dok perhati le, Jom lawat http://layartanchap.blogspot.com
Kenduri..kenduri
Hari ni kenduri lagi, semalam pun kenduri…Byk betoi orang kawin weekend ni. Hari Sabtu ada, hari Ahad pun ada… Dua-dua pun aku lupa! Perghh cam pantun 3 kerat lak! Ahaks! Nasib baik member-member aku ingatkan…Hai! Kawin dah Zakiyah dan Kak Eida Nadirah. HEhe kalau hampa nak tau Zakiyah tu member kamceng aku masa kelas 5 Sains 1 dulu kat Skolah Men. Keb. Agama Kedah. Orangnya kecik saja. Tapi berani…Dulu kami gila-gila masa skolah suka menyakat dan mengacau abang kelas bertentangan dengan kami. Hehehe pasalnya muka abang tu macam muka Yusry KRU. Masa tu KRU memang toplah dengan album "Canggih" dan "Rekrued" depa tu…Hahaha Lawak betoi! Masa tu abang tu kira hensem tak ingat aah..cam hero Malaya la, dia plak putih hehehe…tapi takdak la melepak ka, kulit dia fair la..Sempat jugaklah nengok dia meniru masa periksa penggal ka periksa apa ntah! Dia pass paper kot pintu…Almaklumlah meja cikgu dok kat hujung dunia…hampeh betoi! LEpas skool aku dah pindah pi KL jadi tak penah jumpa member aku ni dan abang "Yusry" tu. Tapi 3, 4 tahun lepas pernah la terserempak dengan abang tu (kalau betollah dia!) kat jeti feri Pulau Pinang. Dia pun cam terkejut tengok yang dah makin montel masa tu…hehehe compare tu masa skool, aku kurus dan tinggi, muka pun panjang je..sekarang mukaku sudah membulat begitu juga perut yang dah berguni ni…tapi kitaorang tak bercakap pon sebab dia turun dari feri dan aku baru nak naik feri. Dan member aku tu sama saja, takdak beza dari zaman skool sampai sekarang dok kecik dan kurus macam tu la..yang bezanya dia jadi isteri org. Tahniah Adik!!! Kitaorg panggil dia Adik instead of Zakiyah sebab dia anak bongsu. Hehehe and as for Kak Eida ni pulak, dia member aku masa kat UIA. Kami taklah rapat sangat tapi dia tu sama la dengan aku, kami pi kelas takdak la pakai vogue atau vast cam bebudak course lain…selebet je dengan jaket hijau engineering tu. Tapi tadi tengok dia pakai baju pengantin dengan muka ber"make up" memang gempak dan cun, walaupun dia pun gempal cam aku gak, tapi tu lah org yang cute cam kitaorang biasa nya memang cun hehehe…korang takyah jeles pasai ni ka blog aku suka aku lah nak angkat bakul sendiri ka naik lif sendiri ka… ;p
Best jugak pi kenduri dengan Ono dan Naim tadi. Nasib baik tak accident, sebab tak tau jalan punya pasal. At last kami jumpa gak umah Kak Eida. Kira terer gak kitaorg takdelah ikut peta sangat. Semalam gi kenduri Adik pun sama gak, aku ngan Ana (member skool gak yang dah lama tak jumpa since last aku melawat dia masa 2nd ka 3rd year dia kat UKM). Dia menjerit giler tengok aku yang besar cam king kong ni!!! Hishh camana ek? Cam takleh terima tu aku, dia cakap, so dia mintak aku diet. OK Ana nanti Yati try ekk…Insya Allah!
COnclusionnya, kalau ikut tahun aku dah 27 tahun tapi ikut bulan Scorpio aku ni aku masih 26 la…hihihi ibu dan bapak pun dok bising. Tulah tu kalau telinga aku cam telinga gajah bleh la aku tutup… Zaman sekarang ni bukannya sama cam dulu, aku ada terbaca cam nasihat la dari Dr HM Tuah. Dia kata ada orang jambatan jodoh dia pendek, jadi dia kawin cepat dan senang la dapat jodoh, ada orang jambatan jodoh dia panjang jadi lambat sikit la, kekadang tu ada yang dah ada boyfriend tapi tak kawin gak lagi pasal jambatan dia panjang lagi… Tulah tu, dia kata kalau orang yang jambatan dia panjang tu, toksah lah dok meratap sedih, buat kekeja yang berfaedah dan cuba berbakti pada orang disamping tu berdo’a bebanyak. Tulah yang aku cuba dok buat tapi ibu dan bapak aku tak baca artikel tu depa mana tau. Kalau baca pun depa tak ikut pun, hmmm….boring! Malas rasa nak bagitau ibu dan bapak kalau aku nak pi kenduri kawin member. Aku cuma cakap nak keluar ja… Kalau ada kenduri sedara pun kekadang malas nak pi pasal nanti memakcik suma nak tanya. KOrek rahsia yang tak pernah ada. Boring!
OKlah sebelom aku mengarut dengan lebih lanjut baik gue berenti dulu bak kata org berenti sebelom kenyang hehehe tapi ni berenti tulis la…kalau makan tu tak taulah buleh stop dak! KOrang bagilah semangat kat aku nak kurus ek… Aku bukan taknak kurus jap lagi kang takdak orang nak minat kat Siti Nurhaliza lagi hehehe…kelas gitu!
Akhir kalam, Meh kita wujud Hari Anti Lemak Sedunia!!! Fat Fight!!!!
Hijrah satu perjuangan! Hijrah membentuk Perpaduan! Oleh itu, mari semua kita sambut Maal Hijrah!
Adoi! Lapaq lagi! Awat la aku ni asyik lapaq saja…Pada hal dah makan dah tadi nasi ayam dan tomyam kat Serdang kul 6.40pm tadi. Aku telah menelan sekeping roti lagi bubuh marjerin. Namun begitu bisa-bisa lapaq ni tak blah lagi!!! Kau meng ahhh!!!!!!!!! Aku dok usaha jugak tahan diri aku ni supaya tidak menjejakkan kaki ke dapur, kalau dak habih la, jap lagi muncul la nasi goreng cina ka, mee segera Mawi Slurrrrp ka, papelah! Bahaya ohh!! Silap-silap aku masak nasi, goreng ikan and tumbuk sambal belacan. Tu pun kira jadilah disaat kelaparan ni…err tapi bukan kebuluran ek! Diulangi bukan kebuluran! ;p
Hmmm..esok kerja. Malasnye nak gosok baju…Kalau la buleh pakai t-shirt dgn seluar jin kan best! Nak seluar jin jugak tak mau seluar Pak Mail ka, Pak Samad ka…hihihihi BUkan apa tetentu esok ramai yg masih dok explore race kat kampung nun…menyelok ikan ka sambil menepis halangan dari pacat atau lintah (eiiii!!!) kat dalam bendang tokwanku yang terchenta! IShh dah lama tak balik kampong walhal bukan jauh pun dalam Malaysia jugak! Bukan aku tak mau balik tapi kena tinggal waaaa!! Sebab aku dan adik-adikku lagi 2 org ni, kami pi lah tgk wayang midnite la konon kat Mid Valley…pastu balik dah lambat…terus la tunggu Subuh…lepas tu terus padam sampai kul 10. Of course la ibu dan bapak ku sudah pun berlepas ke kampung waaaaaa!!! YA Ampun! Lain kali kami bangun awal na… Sesambil tu, aku nak selang-selikan dgn ucapan makaseh kat Ami!!!! Makaseh la sebab sudi dok membelek blog aku yg tak seberapa ni…almaklumlah penulis tak bertauliah…Ni kira diari luahan rasa derita jiwa la ni kahkahkah cam sengsara gitu bunyi nya hehehe saja je kasi gempak!
Akhir kata, seblom aku pi gosok baju Khamis dan Jumaat nye hari kerja, aku nak ucapkan Selamat Menyambut Tahun BAru Maal Hijrah 1427 kat korang suma. Walau masyarakat Malaysia kurang menyambut hari ni yg sepatutnya disambut dengan penuh meriah dan sopan, namun aku tetap dapat merasai sesuatu lepas sembahyang Maghrib hari tu… hihihihi aku dapat rasa suatu perasaan yg gembira tak tau pasai apa, apa pun aku bersyukur kerana Tuhan masih lagi bagi aku rasa kan…Anyway, tak terlambat dan takkan lambat utk kita semua baca do’a tahun baru…Kalau korang nak tgk do’a tu pilah ke laman web ni: http://layartanchap.blogspot.com. Member aku ada letak kat sana… Akhir kalam, wassalam!