My Bla..bla..bla…


Anugerah…oh Anugerah!
March 27, 2006, 3:44 am
Filed under: Uncategorized

Salam Maghrib semua,

Hmmm pecah rekod, pukul 7.31pm aku masih lagi kat opis! Dulu aku memang selalu balik lambat, sebab keja banyak, semenjak tukar department ni, aku rasa macam terkapai-kapai lagi, so balik awal la jawapnya selalu hehehe.. Tapi hari ni member aku suruh teman dia la pulak kat sini.. Aku kesian so tunggu jelah. Sepatutnya aku pi sembahyang dah ni hehehe…setan tengah dok hasut aku la ni! Muahahahaha! Apa pun aku cuba tulih cecepat sket, supaya tak lambat sangat aku pi sembahyang.

Dua tiga menjak ni kalau kita tengok TV dan baca sekabo memang banyak Majlis Anugerah sekarang ni, start daripada Anugerah ERA, AJL, APM, AIM tak lama lagi dan banyak lagi. Tak lupa jugak majlis anugerah-anugerah yg kekecik yg kurang publisitinya walau berprestij! Tak cukup dengan tu muncul pulak rancangan-rancangan  realiti baru macam cendawan tumbuh lepas hujan, tak cukup dengan AF, MAlaysian Idols, American Idols, Who Will Win, dan macam-macam!

Apa pun, pokok pangkalnya, kalau sapa yang sedar dan selalu memohon kat Yang MAha Esa supaya disedarkan senantiasa, dia akan perasan bahawa tanda-tanda akhir zaman itu makin hari makin besar. Iblis dan syaitan memang berkerja dengan mantap untuk memastikan ramai yang akan masuk neraka cam dia. Aku ni pun samalah! Dah tau tapi dok buat jugak! ;p Korang jangan ikut cam aku ek… Sembahyang lambat, tulah mak aku dok bising camanalah rezeki tak lambat. Nak jumpa Allah pun lambat…hehehe tau takpe! OK ahhh…aku nak menindas setan dan ketua komander iblis ni! Aku nak pi solat dulu sebelum dia dan konco-konconya menang! Nah hambik sebijik penumbuk sambal belacan dari aku setan-setan sekalian campur BApak Iblis sekali! Kedebushhhhhh!!!!!!!!!

Wassalam! Sayangilah diri anda dari api Neraka! Tak dapat wooo panas!!!!!



Last Weekend!!
March 1, 2006, 2:08 am
Filed under: Uncategorized

Hehey! Pekabosss korang suma? Hihihihi hari ni best sangat sebab dapat PC baru! Flat screen dan CPU yang besar gedabak cam Big Foot! Adoiii sakit pinggang mengangkat dari main office semalam tak hilang lagi. Tapi yang best lagi tu aku dapat install screen saver gambar engine transmission yang Che Din bagi dulu hahahaha….BeSTa!!

Haa..sebenarnye aku nak citer ngan korang bahawa minggu lepas adalah hari yang paling best dalam hidup aku! Haa..pasalnya pada hari Sabtu minggu lepas aku pi ke rancangan Zoom In Bersama Fauziah Latiff kat Angkasapuri pastu tak sangka dapat nyanyi dengan dia, Live lagi hahaha…Best! Pastu siap dapat peminat lagi!! Almaklumlah aku ni kan rakyat biasa yang bukan artis tapi artistik la..Haa kelas gitu noks!! Aku bukan la gila glemer sangat tapi aim aku malam tu nak menang henfon Sony Ericsson yang baru tu namun nasib tak menyebelahi aku. Takpalah at least orang nampak bakat aku yang tak seberapa tu… hehehe

Pastu hari Ahad lak aku berpeluang membawa rakan-rakan aku dari German melawat Sungai Congkak kat Hulu Langat dan Putrajaya. Hmm depa dapat kain pelikat hadiah dari bapakku!!! Seronok wa cakap lu!!! Hehehe kelass bapakku!!!

OKlah nanti cerita lagi…malas aku nak tunjuk diri aku yg tengah giler teruja sekarang ni!!! Ciao! Wassalam!