My Bla..bla..bla…


August 28, 2006, 5:55 am
Filed under: Uncategorized

Today my heart beats fast, that wallpaper reminds me of …. Don’t wanna stay back anymore at the office I need to go ….. I don’t know why, Only God knows…..



Wahhh!!! LAma siot tak ke udara!!!
August 21, 2006, 4:58 am
Filed under: Uncategorized

Assalamualaikum kpd hampa suma di luar sana,

Walaupun aku pon tak sure gak, ada ke org baca blog aku yang hodoh lagi hina ni? Hehehe lantaklah Lan Botak, Lan makan taik katak…. yg penting Lan yg makan bukan aku…

So, dua, tiga menjak ni macam dah jadi dalam hidup aku, ada yang gembira, sedih, yang sederhana gembira, yang sederhana sedih dan macam2 lagilah… papu pon sentiasa ingat selalu kena bersyukur. BUkan aku je, korang pon sama… takde maknanya kalau aku sorg je yang buat… INgat, kalau kena bala bukan korang je yang kena, aku pon sama, so jauhilah perkara-perkara yang takkan membawa pekdah kat aku, korang, family aku, family korang dan suma orang! Hmmm… Kalau aku nak citer satu2 citer yang telah terjadi kat aku sepanjang minggu yang aku tak ke udara tu, parah tu… tak dapat…tak dapat…. letih tangan, kepala otak, kaki dan tengkuk. Tak balik modal pon! Oleh itu aku cerpen kan je lah ek… Kisah pertama, Alhamdulillah, aku dah jadi seorang pekerja yang sah dah sekarang, dulu tu bukan tak sah, cuma tak berapa halal dan tak berapa haram hahaha korang toksah bimbang, tak masuk peksa pon… Pastu keduanya, pon seronok gak, sebab Si Mikey Mouse dah sedaq…. aku tak buat papeutk dia cuma tolong doa je, semoga Allah bg mengampuni dosa aku, dia, org2 yg buat dia lagu tu, family kami dan seluruh umat manusia di atas muka bumi Allah ni tak kira yang masih bertaburan atau pun yang sudah mengadapNya. Yang hampeh dah jahat tu terimalah balasan insya Allah tak lama lagi, u know who u r! Pastu citer last sekali agak kelakar dan sedih la, last weekend, suma org pakat balik kampong sebab biasalah musim cuti skolah ni, banyak orang kahwin…  Tapi aku dengan berlagaknya tak mau ikut,ingat nak beronggeng sesorang kat umah, skali bateri keta kong, hahahaha terkedu aku kat rumah selama dok tengok siling dan TV. Hahahahaha pastu nak lagi best ibuku tak tinggal apa-apa pun dalam peti ais sebab depa suma nak balik kampong , takut makanan rosak, so tak dak apa makanan, yang ada cumalah beras, ikan kering, kicap dan yang basic2 jer lah hahahaha tapi takde lah teruk sangat… (ye ke? Hanya aku yang tahu) Last sekali aku makan bubur nasi kosong je selama 2 hari… sbb nak pegi kedai pon, pokai almaklumlah dah dekat hujung bulan hahahaha hmmm tulah akibatnya kalau management tak betoi! I learnt my lesson well…. Last sekali nasib baik parentsaku balik Ahad malam, so dapatlah call mekanik (pukul 10 mlm) dan mamat tu tolong dtg pasang, walaupon caj dia fulamak! MAhal giler!Pape pon bapakku yg bayaq!!!!! =p Hai…. apo lah nak jadi dgn aku ni jang oiiiiiiii!!!!!      



Alahai…
August 6, 2006, 3:51 am
Filed under: Uncategorized

Semalam adalah konsert terakhir AF4. Dengan penuh semangat aku dan adik-adikku duduk kat depan TV…hehehe sekali malam semalam pun Tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa pub start, so dok gaduh le dgn ibuku, of course la dia nak tgk Tilawah… so camana? Adik aku yg sorg ni cadang kat ibuku suruh dgr kat radio!! Mmg la hampeh… Aku tak cakap pape, tapi kalau dosa tu, kira tanggung sesama la =p Alamak! Dan tengah dok syok-syok layan AF4 tu, masa dekat-dekat nak umum juara sekali dapat berita bahawa kawan kita ni si Mike dah dijumpai dan dlm keadaan tidak sedar diri… Adoi!! Terus kepala aku pening… ENtah aku pon tak tau la apsal, dia semacam darah menyirap ke kepala…. Innalillah…Semoga Mike cepat sembuh…Sampai sekarang pon dok rasa pening lagi… Hmm… aku pon doa jugak semoga bebudak nakal dan jahat tu dapat balasan yang setimpal dari Allah S.W.T.

Minggu lepas adalah minggu yang best la sepanjang aku bekerja… Tu la kalau kita berfikiran positif dan selalu mintak doa kat Allah kadi macam tu la…Korg try la… Nampaknya experiment aku berjaya…nanti boleh buat lagi… Hah! Rejab dah menjelma, jomlah reramai kita posa… testing utk Ramadhan ni…tak sabar rasanya tunggu si Ramadhan tiba…