My Bla..bla..bla…


Balik Kampung… hoho balik kampung! Hati girang
October 22, 2006, 6:21 pm
Filed under: Travel

Balik kampung hoho balik kampung hoho balik kampung hati girang! (ulang le sebanyak mana yg korang mampu) hehehe… Wah! Besok hari raya yea! Besok hari raya! Walaupun aku ni kira kategori budak besar, tapi aku nak sambut gak hari raya, bukan apa org kata dah meningkat usia ni, feel dia dah kureng, eh eh pepandai je dorg ni. LAgi besar la kena celebrate, bebudak kecik mana paham pape, kita yang besar nilah baru tahu dan paham bagaimana nak menghayati pemergian Ramadhan dan kedatangan Syawal. Depa tau main mercun, bunga api, makan kuih raya dan dapat duit raya. Tu je… Kita plak faham bahawa di hari yang mulia ni, manusia telah dapat kembali kepada fitrah manusia iaitu makan di siang hari tak seperti bulan Ramadhan. Namun begitu diharap amalan dibulan yang mulia dapat diteruskan di bulan Syawal dan bulan-bulan lain. Sebab tu lah nama dia EidulFitri,maksud kembali ke fitrahku. Eh terbagi ceramah la pulak!

Haa… kita continue citer balik kampung ni, aku cam malas nak balik sebab kena drive. Dah tu plak konporm la hari mesti keta banyak, sebab warga2 bandar yang terakhir akan balik kampung hari ni (sebab beli-blah kat Jalan Tuanku Abd Rahman)… hehehehe…. Kalaulah keta kita tu dapat bergerak sendiri sampai ke destinasi tanpa perlu kita navigate steering wheel dia kan best! provided keta tu kena smart ah elak accident. Kita hanya perlu input alamat dan off we go! Pastu penumpang leh siap berdengkur dengan aman sampai la tiba ke kampung hihihihi… bukan apa aku tengah weng -weng ni, semalam cam lambat tidor, pastu pagi kena kemas rumah, basuh baju n pinggan sebelom balik. kalau tak habih la sebab balik kampung dah berapa hari. Kang berkepam plak baju den dalam besen tu! Pastu naik taik lalat. Oh tidak!!! Tak dapat tuh! Pingan pun sama… Hampeh la depa ni, selamba badak je tinggal pinggan kat aku tak berbasuh!!! Err.. utk pengetahuan korang ahli keluarga aku yang lain dah selamat kat kampung, sebab dorang balik dulu… hihihihi aku kena tinggal sebab maleh aaa… nak balik lepas sahur, tengah pening lagi!!!! =p

Pastu nak tunggu kain kering lagi, agak2 pukul bape la aku bertolak, silap haribulan malam karang kira tetengah org bertakbir, bertahlil, bersaktah! Waaa!!! Sedih tu! PAstu besok pening nak gi semayang raya!!! Aaaa…. tak nak la miss semayang raya!!!! Bukan hari-hari dapat semayang raya!!!!!!

Oklah, cukuplah takat ni dulu catatan ribut topan hari raya aku. Aku nak gi sidai kain ni. Sat lagi tak kering-kering kain aku plak!!!!! Kepada korang yang nak balik kampung gak sama cam aku, jgn lupa tutup karan-letrik tu…. Sat lagi balik-balik rumah dah takdak dah hahahaha… Pastu jgn biar pinggan mangkuk dalam sinki tu, jap gi selamba badak je ulat sampah, bakteria dan kuman-kuman buat rumah kat situ. Enuff of berleter, gue blah tu dengan sopan-santunnya…

"Assalamualaikum minal eidi wal faizin almaqbuulin!"

p/s: cara nak jawap salam aku tu cenggini ayatnya - "Taqab balAllahu minkum, minna wa minkum, taqab bal ya Karim"

*Kalau buleh Sepanjang hari raya ni, bagi salam camtulah afdal. OK buhbyeee



Nuzul Quran…
October 9, 2006, 8:36 am
Filed under: Uncategorized

Alhamdulillah….. Hari ini Tuhan dah mengurniakan aku hari yang sederhana dan baik. =) Tulah nikmatnya kalau bersyukur ek! Tak sesia dengar ceramah Datuk Hashim Yahya tengahari tadi.  Sepanjang perjalanan nak pegi ke auditorium tegahari tadi aku ada la mengomel pasal perjalanan pekerjaan aku dua tiga menjak ni kat 2 orang kakak bayang-bayang aku…. Pasai apa panggil kakak bayang-bayang? Ohhh… sebab kitaorg selalu didapati bersama-sama, dalam istilah lain kamceng la tu! Daripada sakit di kaki aku sampai la ke kerja aku dok mengomel. Sekali bila Ustaz kata adalah satu nikmat kalau orang suka bagi kat kita kerja sebab salah satunya org percaya akan kerja tangan kita, sebab tu dia selalu pilih kita utk melaksanakan tugasan tersebut. Aku dah tergelak besar! Mana tak nyaken batang hidung sebijik! Hahahaha Pastu Ustaz kata lagi, kalau kita ada penyakit tapi masih boleh sembahyang, jalan ke tempat ceramah, tak macam org lain yang lagi teruk sampai boleh kenyit mata saja nak sembahyang, lagi dahsyat…. kita kena bersyukur… Lagi aku terkena… Selagi yang bernama manusia, tak dua, satu mesti ada kena punyalah… =p tapi harap lepas ni aku dapat repair diri dan mengurangkan keterkenaan kat diri aku ni hehehehe…. Lagi Ustaz kata, Nikmat Allah kat manusia ni tak dapat nak dihitung, banyak sunggoh! Tapi terdapat nikmat-nikmat besar yang sempat Ustaz bagitau tadi, salah tiganya ialah Nikmat Akal, Nikmat rezeki, Nikmat Bayan….Tuhan bagi akal kat kita, tu adalah nikmat, kalau takdak akal, jadilah kita macam itik, ayam, lembu, maka dengan akal kita mendapat ilmu yang kemudiannya dapat memberi kita keupayaan utk menyampaikan kepada generasi lain sehingga membolehkan kita mengembangkan tamadun manusia, itulah Nikmatul Bayan…. Daripada kereta Morris Minor, ke Cadillac ke, Honda Hybrid dan sebagainya sekarang ni yang canggih manggih… cuba tgk sarang tebuan, dari 1000 tahun lepas sampai la sekarang, dok lagu tu saja sarang dia, tak pernah berubah. sebab dorang tak dapat Nikmat yang macam kita dapat…. Pastu Nikmat Rezeki, Tuhan bagi rezeki kat semua orang tak kira yang kafir mahupun Muslim dia atas nama Ar-Rahman…. Cuma 2 Nikmat yang al-kafirun tak dapat yng kita dapat ialah Nikmatul Iman dan Nikmatul Islam…. Sesiapa yang memohon kepada Allah supaya menjadikan dia seorang yang baik, maka Allah akan beri petunjuk dan hidayah dan dorong orang itu kearah kebaikan. Tapi jangan lupa Allah suka memperalatkan hambaNya dengan ujian dan cabaran supaya manusia menjadi lebih kuat dan bersyukur. Sebenarnya musibah dunia yang berlaku kat kita tu seperti sakit, miskin, cacat adalah satu nikmat. Allah bagi semua tu sebab Allah sayang dan sukakan kita. Kalau tak suka mesti kita dah jadi jahat, mati hati, merompak, membunuh dan sebagainya. Selalulah mohon supaya kita jadi hambaNya yang baik, kalau hati dah mati susah wooo!!! Aku dah penah tengok org yang hatinya mati ni…. tapi masih lagi berdoa moga Tuhan bagi hidayah dan dia dapat bertaubat. Amin.

Malam ni sepatutnya aku join family aku makan kat luar. tapi disebabkan kesilapan teknikal yang mungkin Allah nak duga aku disamping bagi nikmat plak lepas tu, aku tertinggal, sebab lambat kuar dari opis tadi. So dengan sedih aku melangkahkan kaki ke masjid sesorang utk buka puasa. Tapi kat masjid, ramai orang so takdelah sesorang diri hehehehe…. Tapi yang bestnya tadi aku sembahyang cepat dan tepatlah pada waktu sebab berjemaah dan yelah kat masjid kan… Last sekali Terawikh kami diwrap-up dengan ceramah pasal Nuzul Quran oleh Ustaz err…lupalah nama dia! =p Bestlah dengar ceramah at least malam Nuzul Quran aku tak sama seperti tahun2 sebelum ni, yang kosong, sepi tanpa pengisian. Apa yang aku pelajari hari ni… sebenarnya kalau kita mengamalkan dan menghayati Islam (Al QUran) dalam segenap aspek hidup kita, kita akan bahagia, Insya Allah. Ingat! La bula roi ba fih! (Tiada sedikit keraguan pun di dalamnya ; Surah Al Baqarah: ayat 2)… Tak caya trylah! Wallahua’lam.



Catatan 13 Ramadhan…
October 7, 2006, 3:07 am
Filed under: Uncategorized

Hari ni hari Sabtu, suma org kuar gi beli baju raya, aku cam malas, so dok kat umah je… plus semalam aku tgk citer Korea yg jadi kegilaan aku 2, 3 menjak ni, My Girl!!! Lee Dong Wook mmg menarik pandangan mata aku… Dia takde la hensem mana tapi aku mmg minat sangat kat dia…. Apsal ntah?! Hanya aku yg tau… hehehehe Ada la sesuatu yg org lain takde dia ada… Aku blom at pape lagi utk berbuka ni. Kepala aku pening dari tadi… Mungkin sebab tidur lambat semalam kot… Tu la gatal sgt nk berjaga tgk citer Korea tu walhal dah penat balik keje….  Haiii!! Kalau la aku yg jadi Yoo Rin kan best…. *berangan*

Satu lagu artis yg tengah menjadi kegilaan aku sekarang ni ialah Regine Velasquez. Sbenarnya bukan sekarang ni je.. aku start minat kat dia dari sekolah menengah lagi. Aku tak ingat la bila… Tapi ada satu lagu tu dia duet dgn mamat mat omputeh ni. Tajuk lagu dan mamat omputeh tu pon aku dah tak ingat, yang aku ingat nama penyanyi pompuan ni je sbb suara dia memukau aku. Aku ingat dulu di ni cina, aku dok la cari dalam internet, ingatkan nama dia Regine Lee… rupanya silap, setelah sekian lama cari barulah jumpa… NAma dia sebenarnya Regine Velasquez… Tu pon sebab ada citer Filipina kat channel 8 Astro, tajuk dia Ikaw Ang LAhat Sa Akin. Aku takde la tgk sangat tapi aku minat lagu dia… Aku pi la carik alih2 kuar gambar Regine. Tapi dalam citer tu yg nyanyi lagu tu Ella May Saison. Tak kisah la… Regine nyanyi lagi sedap. Hehehehe… KAlau korg nak dengar, kat page aku ada la Ragine nyanyi lagu tu… memang superb suara dia.. Hai apa nak makan bukak posa ni? Dah la org takde kat umah ni… NAk pegi pasar Ramadhan memang aku maleh giler la… NAk masak pon pening kepala… Silap haribulan aku gi masjid je la senang! Sembahyang pon cepat… KAlau kat umah terhegeh-hegeh…. Tengok ahh camana nanti… PApe pon takat ni saja dulu… Internet kat uma aku dah ok, senang la sikit, kalau dulu asyik kena pegi cc je kalau nak check Friendster punya message, almaklumlah kat opis kena block. Save budget aku. =) Alhamdulillah rezeki Ramadhan. HArap-harap berpanjangan sampai bebila la rezeki ni… Amin!

OKlah peace out dulu buat masa ni, aku nak gi tgk dalam fridge tu ada apa… Sekurang-kurang lepas aku sorg ni hehehehe…

P/S: LASt 2 days, aku ada meeting dgn mamat Perancis ni. Fulamak ada sorg yg aku minat, muka dia ala-ala pelakon Hollywood tu, anak sapa la dia ni? Yg penting nama dia aku tau Paul hehehehe… dan bos dia sorang tu muka cam ex-coach Azzuri punya team, ala bapak kepada PAolo Maldini tu… Nama apa ntah, lupa la… Saja je bgtau korg… hahahaha ok wa chow dulu ek!

Assalamualaikum!