Pirates Of the Caribbean
Semalam ako pi la tgk Pirates of The Caribbean. Memula tu cam ok dah sampai kat tetengah mulah tetiba aku rasa cam nak kena migrain walhal ako memang takdak migrain hahaha… Perasaan dan emosi masa tu samalah cam masa ako tgk citer perancis sampai ako memuntah hari tu. Betul la ako memang tak paham sangat episod kali ni walaupon ako penah tengok citer lanun ni sebelom ni.
Rupa-rupanya pagi ni ako datang keje, tetiba kakak opismate ako ni citer dia pon pi tgk semalam tapi kat Seremban la. PAstu bila dia huraikan kefahaman dia tu barulah kepeningan kepala aku ni berkurangan. Sabar jelahhh…. hahahaha ako pon tak paham apasal la ako ni alergik benor dgn bebenda cenggini.
Bukan nya tak bes citer tu, best tapi plot citer dia bengkang-bengkok bak kata ako la hahaha Papepon lepas ni ako dok tunggu Shrek 3 dan Ratatouille! Tak sabar tu! Dah lama ako tunggu citer Ratatouille dari tahun lepas tu!!!
Ok lah cukuplah ulasan ako kali ni. ADIOS amigos!
T.i.D.i.N.
Kisah ako & MC
Ako MC arini!! Hehehe… Bukan apa mungkin semlm ako makan banyak sangat dan ada makan jeruk halia so hangin la satu badan. Ako rasa semput so takleh tido hehehe… Salah ako gak melantak tak ingat dunia kat The Curve dan Cineplex semalam….Sebenarnye ako gi tengok citer hantu tajuk dia Terowongan Casablanca. Cess.. balik dok terngiang-ngiang tu kat mata hehehe… penakut rupanya ako ni…
Balik tu ok, tapi bila nak tido perut mula meragam apalagi ako pusing kiri salah, pusing kanan salah…. so takleh tido ako layan majalah Gila-Gila sampai kol 5 baru leh tido, tu pon lepas pasang ayat2 Quran kat radio… ;p
Tu la tu sket sebanyak citer MC ako untuk hari ni semoga jadik iktibar kat ako, ako dan ako hihihihi 
Adios
T.i.D.i.N 
Selamat Hari-hari kat Ibu!
Yeay! Minggu ni Hari Ibu, sebenornyer ako tak penah sambut pon hehehe… Biasalah ako ngan ibuku selalu jek tak sama pendapat, tapi bila ok tu kamceng wa cakap lu!!! Bukannya ako reti sangat nak menyambut-nyambut ni normally ako pakai redah jek hehehe memang tak romantiko di amo la! Oleh itu kalau ibuku reti membuka frenster ako ni, ako nak ucap Selamat Hari Ibu start hari ni dan hari-hari hihihihihi sian ibu dapat anak cam ako!
Satu lagi ako nak story kat korang pasal hari futsal ako iaitu ako umumkan jatuh pada hari Rabu. Tapi malangnya petang Rabu hari tu ako tak dapat main, ada masalah teknikal sket yang biralah rahsia hahaha tapi malam tu ako tak lepas peluang pi tengok ERA lawan geng futsal Sate Ampang. Perghhh dorang main laju dan bersemangat tu. Tapi ERA cam main ilek-ilek jek… Mungkin terlalu ramai dah dorang lawan so cam kali ni dorang nak main ilek-ilek kot…
Game pertama menyaksikan Kiran, Pak Tam main bersama-sama kengkawan dorang, hehehe ako tak tau nama dorang so ako sebut yang mana tau je la… Memula cam ok, tapi Sate Ampang nyer geng agresif tu… Dari situ ako tau dorang punya tujuan sehala iaitulah nak menang hihihihi, tapi oklah semangat kesukanan kan, Kiran Oven nampak cam out-of-focus, asyik terlepas jek bola… MEnurut dia sendiri, katanya kakinya belum sembuh sepenuhnya dari terseliuh 2 minggu lepas. Hmmm… boleh dimaafkan! Tapi geng Sate Kajang memang tak bagi peluang nyer ada je peluang dorang rembat, manakala ERA lebih banyak mukadimah sebelom nak rembat, so banyak peluang keemasan dorang dipatahkan oleh geng Sate. Makanya kebanyakkan cubaan menjaring gol adalah daripada pihak lawan la Sate Ampang.
Game kedua menyaksikan ahli-ahli lain ERA yang turun, dan pusingan ini cam best skit sebab batch kedua ERA ni pon agresif cam geng Sate, oleh itu, memasing berbalas-balas nak menjaringkan gol.
Pusingan ketiga dan keempat nampaknya geng2 ERA dah keletihan, tapi geng Sate Ampang masih lagi menten. Hmm… ako pon tak tau pasai apa, mungkin stamina dorang tinggi kot ataupon faktor umoq hehehe… Sebab umoq geng2 ERA sume 26 ke atas…. manakala pihak lawan pon jika diperhatikan secara kasar mungkin lebih kureng jekkk…hahaha entahlah, penat giler main futsal ni TUhan je yang tau, ako memang main tu pasal la tau hihihihi….
PApe pon majulah sukan untuk kesihatan yang lebih baik. At least kurang le 4-5 kilo lemak (sapa lagi ako la tu!)
Oklah adios amigos! Ciao!