My Bla..bla..bla…


…..Bila angin bertiup….
June 28, 2007, 10:49 pm
Filed under: nothing

Banyak perkabaran baru aku terima sejak kebelakangan ni. Hmmm.. ada yang best, ada yang tak best. Apa-apa pon aku lebih suka berpikiran positip jek… yang tak best tu aku maleh nak layan walaupon kena layan gak. Boring!

Yang paling baru sekai peristiwa yang berlaku kat aku, ialah kitaorg sefamily dah pindah rumah. HUihhh penat sehh angkat barang, susun barang, kemas barang. Agaknya ako ni keturunan pengembara, dari kecik sampai besaq tak penah duduk setempat. Apa pon aku memang suka travel. Peristiwa ni best la jugak tapi yang tak best tu, bila kita dah kemaskan, orang sepahkan. Boleh hangin satu badan tu! Hahaha. Bukan apa dah la mengangkat barang bukanlah sesuatu yang menarik, ditambah lak barang tu disepah-sepahkan lagilah tak mantap langsong! Pastu plak jasa kita mengemas barang tu hampehlah orang nak ingat… ;( Tapi tak kisah lah, yang penting ako akan cantikkan "bilik"ku itu.

KEdua, bebaru ni ako pegi training untuk pakai perisian multimedia. Memang lah ako suka hihihii walaupon ilmu yang ako dapat taklah sampai setahun nyamuk, namun ako tetap bangga dengan diriku sendiri sebab aku dah boleh la guna software tu. Walau bukan untuk sesapa pon, untuk diri ako pon aku dah puas hati. Tapi bila dah balik opis ni terus aku rasa lemau balik hahaha

Namun begitu ada gak citer2 yang menyedihkan aku sepanjang minggu ni. Entahlah mungkin sepeningkatan umur ako ni, emosi aku pon lebih sensitip atau sememangnya kabar tersebut memang menyedihkan aku pon tak tahu. Apa pon yang sedih ni aku memang maleh nak citer buang emosi jek karang. Baik ako mentenkan tang best jek hahahaha lagipon ni blog aku biaq pilah kat aku hehehe… Sekian Wassalam!



Ulasan Rabu Kupasan Sabtu
June 16, 2007, 7:57 am
Filed under: Games

Hmm dah lama gak la aku tak
berkecimpung dalam blog ni hehehe…
almaklumlah bz bodi sekarang ni. ;)

Dah lama ako tak ulas tentang sukan
futsal yang ako acapkali hadiri.

Tapi tu lah ako rasa bebanyak game yg
ako tgk dan beberapa game yg ako ngan
kengkawan main, aku rasa minggu lepas
the best la! La Meilluer!! Meh sini
aku citer….

Alkisahnya, seperti biasa, pepetang
lepas qeje aku ngan kengkawan
bermainlah putsal kat tempat main
putsal la… Kaki aku ni pengkaq
sikit, sepak bola tak penah nye masuk
gol, hatta dok depan gol pon bola tu
leh pegi ke lain ako sepak, tak paham
langsung aku….gamaknya aku masih tak
menjiwai teknik menyepak ni lagi
kottt…hahahahahaha tapi yang penting
disaat-saat akhir, aku telah berjaya
melengkapkan permainan tu dengan
sepakan pertama aku menerusi teknik
sepakan lintang David Beckham hahahaha
first time tuuuu!!!!! GOLLLLLL!!!!!
Yeay!!! Akhirnya setelah bertungkus-
peluh, berjaya jugak hehehe tahniah
untuk aku!!!

Pastu menjelang maghrib aku pon ke
rumah opismate ako untuk menyiramkan
diri lalu bersolat….Pastu aku
berangkat kembali ke tempat putsal tu
tapi bukan untuk bermain tapi untuk
melihat jek hahaha sesambil tu curi-
curi aa teknik dorang main…. tu
pasal skill aku improve, sebab aku
curik teknik dorang hehehe…

Alkisahnya kali ni, player suma cukup,
dan pepower belaka, abg Lan, K, abg yg
ada anak tu, mamat yg suspect denggi,
mamat rambut rebonding tu pon ada,
mamat speky pon ada, goalie baju
kuning pon ada…. hehehe memandangkan
aku tak tau nama depa jadi cenggitu je
la aku describe ek… Tapi best sket
tgk game kali ni, kedua-dua pasukan
agresif dan bersemangat. Ditambah
dengan keserasian pemain dan sorakan
penonton yg Gila-Gila menambah-meriah
lagikan suasana malam tu hehehe….
Aku seperti besa tak penah ambik tau
sapa pemenangnya sebab aku lebih
mengutamakan skil berkerjasama
berbanding bekerja bersama ni
hehehe… Oleh itu teamwork yang
paling bagus itulah pemenangnya…
SEKIAN!

Untuk pemain putsal yang ke Bandung
tu, bawaklah balik ole-ole ek! Ahaks!