Filed under: Current Affairs
Salam senja,
Aku tulis blog hari ni dari siber kafe..hehe Almaklumlah streamyx aku dah potong semenjak berpindah ke rumah baru ni… maleh nak sambung sebab talipon pon takdak kat rumah tu. Sume pakat pakai henfon saja… Takpalah sekurang-kurangnya kurang satu beban heehe lagipon aku bukannya bukak tetiap hari internet ni pasal kat opis pon ada tapi frenster je takleh bukak ala kembali ke dolu2 la… asal nak check frenster jek mesti kena pi siber kafe.. hehehe tu pasal jadi berbulan-bulan lamanya baru akunak check msg, pasal malas nak ke siber kafe, kalau dekat takpe, jauh tuuu baiii…
LAst Rabu, seperti biasa aku pi tgk futsal ERA lawan Otai… mende ntah nama dorg aku lupa, first & second game taklah menarik perhatian sangat… tapi 3rd and fourth game barulah nampak semangat tuu… mngkin dorg main lek lek lu kot, last2 baru nak skor, tapi tu lah aku paling benci bila tgk futsal pasal banyak giler org suka hisap rokok. Itu hari nyaris2 aku nak semput! Hampeh tol!! Sian bronkiol ngan peparu aku tau… kurang hasam punya minah hisap rokok sebelah aku. Memula aku tak perasan… Tetiba peparu aku menjerit, rasa senak dada aku, dan nafas aku sesak… Aku tak nampak sesapa merokok tapi idung aku dok terbau asap rokok. Takut sesapa nampak keadaan aku, aku pon membongkokkan a\badan aku, sekali aku tertoleh ke kiri aku, so aku nampak minah ni pegang rokok kat bawah meja. Cess bedebah sunggoh! Punyalah marah aku!!! Tapi takleh nak pi penampor dia sebab aku dah sesak nafas, so aku bangun ke toilet dan basuh muka supaya dedebu dan asap rokok tu mengalir bersama air dalam sinki… so lepas tu aku ok la sikit… Tapi tulah, aku pelik sikit, ditengah kepanasan global yang memang panas dan kering-kontang ni… masyarakat Malaysia mahupon dunia amnya bukan nak berenti merokok tapi bertambah-tambah… Kalo dia mati sorang takpe ni ajak dgn org2 lain skali… rokok tu bukan menyejukkan badan membakar peparu ada laaa… Aku bukan apa, kalau korang masih berdegil nak merokok tu aku nak wat camana, tapi korang tak terpikir ke, dek kerana korang merokok tu kekadang orang lain yang menghidu, tak kiralah kawan ke adik ke, isteri ke, suami ke, malahan ibu bapa korang sendiri boleh terbunuh sebab kena kanser disebabkan asap rokok korang tu? Yelah bila org tanya, "eh! adik/kawan/isteri/mak/ayah awak meninggal ni pasal apa?"… Dengan selamber kodoknye korang jawap, "sob..sob..sob.. kanser…", tanpa menyedari sebenarnye koranglah pembunuh dorang… pikir-pikir dan renung-renungkanlah… Semoga aku mati dalam iman dan tidak menyusahkan orang lain…Amin