My Bla..bla..bla…


Geneve et Amsterdam…
March 23, 2008, 1:16 am
Filed under: Uncategorized

Selepas seminggu mengembara di bumi Allah sebelah sana tu aku kembali ke rumah… Ahhh…lega…. tulah betollah org kata Hujan Emas di negei org, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi negeri sendiri. Tapi mengembara ni pon best sebab kita berpeluang nengok negara org dan bolehlah ambik yg baik2 tu. Aku sempat la melawat masjid kat Geneva tu. Insaf laaa… dorgnye mesjid kecik jek. YG muslim pompuan ni cam semunyi2 jek. KAlo kita kuar ke bandar, memang nak nampak pompuan kat luar tu pakai tudung sangatlah susah. Kita pon tak tau mana islam mana dak. Suma reserve memasingnya diri. Memang tak mesra alam sangat org2 dia. Ada la sorang dalam 200,000 org tu yg akan menanyakan kita kalo dia nampak kita cam sesat. tu pon kebetulan dia dah penah p Malaysia dan tau kita tak penah duduk atas pokok. Sememangnya kalo dok sana memang meningkatkan kekuatan dan keimanan diri. bagi yg lelaki ok la.. pompuan susah gak nak survive. Bukan takleh boleh tapi susah.

Berbeza kat Amsterdam, org2nya agak peramah la… takyah tanya kekadang, depa mai tanya dulu kita nak pi mana. OK laa… muka pon ada peramah sket berbanding Geneva. Tapi kat airport sama ja… cuma kat Amsterdam itself ok. Mungkin sebab ramai dah Indon dan chinese kat sana so dorang tak heran sangat. Restoren halal pon senang carik. Jalan sket dari Centraal Station je dah ada restoren egypt. Ok la… Kalau kat GEneva jenuh carik.
Walaupon begitu ayaq tasik Leman tu memang jernih. Bersih la kata org tu. Walaupon jalanraya dia pon tak bersih mana. Amsterdam pon sama. OK la… Aku takde la beli apa sangat, yang penting dapat jalan tengok bumi Tuhan. Tu jekk..
JAgalah kebersihan dan kesihatan bumi…sian bumi



78th Geneva Motor Show
March 6, 2008, 7:30 am
Filed under: Travel

Wohooo after severals years keje akhirnya dapat gak aku travel nak-nak ke Europe. Aku teringin nak tengok secara live bumi Allah yang sebelah sana tu. Dengar kata cantik, banyak bangunan lama. Walaupon Malaysia lah negara yang paling aku cintai tempat tumpah darahku, rakyat hiduuupppp bersatu majuuuu, raja kita, selamattt bertakhtaaa… hahahaha sunggoh aku memang sayang negara aku. Dimana pon aku berdiri, walaupon hujan emas di negeri orang negara sendiri tetap aku junjung. Tak sabar aku nak bertolak ke GEneva. Bukan apa pertama kali aku nak pi tengok Geneva motor show yang telah berlangsung kat situ sejak 1905 lagi. Kira tempat otai la Geneva ni utk motor show. Dan ini kali pertama TATA, Russia dan China tunjuk keta baru depa. Huiii seronok sangat. Kali ni temanya Environmental Friendly, Natural Gas. Bukan apa aktivis alam sekitar dok bising pembuat kereta dok asik buat kete, sebok mengurangkan penggunaan minyak diesel mahupon petrol tapi tak peduli pon pasal global warming, isu alam sejagat kita. Tu la pasal, bumi kita ni dah tua benor udah berbilion-bilion tahun umurnya. Bak kata Dr Fadhilah Kamsah, patutnya kita buat solat hajat tetiap masjid di Malaysia dan malah seluruh mendoakan kesihatan bumi kita, supaya tak panas dan pohon-pohon dan para binatang hidup aman- damai dan juga manusia sejahtera harmoni. Ini sapa pon tak peduli. BEtoi gak kan, aku pon tak terpikir pon…. Di samping tu aku nak pi tgk apa otai-otai kete ni nak buat untuk bantu isu ni. Manalah tau kot2 mat2 Jepun tu kan pepandai dan canggih-manggih sket. Tapi tulah drpd Google aku pon dapat tgk kat Eropah pon padat giler ngan penduduk. Punyalah ramai umat manusia. Pokok pon tak dak tempat nak duduk. Tu pasal binatang dok kacau rumah orang pasal tempat dia dah kena ambik ngan manusia. Pastu manusia geram pi tembak la, bunuh la, jadi alam dah tak seimbang lagi dah. Lepas tu bukan takat tembak binatang, orang pon dia nak tembak. Ish ishhh… apa nak jadi la dunia sekarang ni. Sifat kasih sayang dah tak dak pasal tiada pegangan… Kalau ada tempat untuk dia pegang dia takkan jadi macam tu. Dia buat apa yang dia rasa dia nak buat. Adik Sharlinie pon tak jejumpa sampai hari ni. Harap2 dia berjaya ditemui semula. Semoga Tuhan melindungi dia dan mencucuri rahmat ke atas roh adik Nurin Jazlin dan seluruh umat islam yang sudah meninggal dunia. Amin.

Oklah aku nak mengemas barang aku ni. Len kali kita jumpa lagi, Babai.