Filed under: Science
Sambil aku dengar Tok Det membaca puisinya yang bertajuk Perjuangan Yang Belum Selesai aku menulis jurnal Friendster aku ni… Puisi sememangnya acapkali membuatkan aku menitiskan airmata. Sob…Sob… Sob… Bukan senang nak mengangkat martabat bangsaku… kerana bukan semua cekal dan tabah namun kalau kita bersatu memang boleh. Tengok saja orang Jepun. Tengok saja orang cina. Pasal bersatulah mereka boleh duduk dimana-mana negara sekalipon. Dimana-mana….. Orang Melayu pun ada merata dunia tapi itulah… kadang-kadang identitinya hilang. Orang Jepun dan cina, mereka tetap mempertahankan identiti mereka, walau tak boleh nama, pakaian, muzik, budaya dan sebagainya pasti akan diterapkan ke dalam masyarakat setempat dimana mereka berada. Sama juga seperti orang Indonesia, tidak kira bangsa apa pun mereka bahasa mereka tetap satu iaitu bahasa Indonesia. Biar dimana bumi dipijak percakapannya tetap bahasa Indonesia. Aku tidak mengatakan semua orang Melayu tidak patriotik, ada segelintir daripadanya… Tak payah tengok jauh lah, para menteri sendiri pun kurang bercakap dalam bahasa Melayu/Malaysia hatta dengan keluarga sendiri. Bukan tak boleh bercakap dalam bahasa Inggeris. Tengok keadaanlah, apabila kita terpaksa berhadapan dengan orang asing yang sememangnya tidak dapat tidak lagi untuk kita menerangkan apa-apa kepadanya barulah kita bercakap bahasa Inggeris. Itupon kita masih boleh menggunakan bahasa isyarat. Dan kalau kita berjalan ke negara asing yang memerlukan bahasa asing, tak apalah. Tapi kalau orang Jepun dia tidak peduli hatta di negara orang lain dia bercakap bahasa ibunda dia. Pedulilah orang faham atau tidak, yang penting penyampaian slaidnya sampai kerana biasanya slaid ditulis dalam bahasa Inggeris tapi "presentation" dalam bahasa Jepun tapi diterjemah oleh jurubahasa. Suatu ketegasan yang aku kagumi… Sungguh…
Hari ini, setahu aku kilang kereta nasional kita, Proton ada membuka kilangnya kepada orang ramai. Hari ini (2/8/08) dan esok (3/8/08) tak silap aku mengikut banner yang terpasang di depan Proton. AKu juga tidak melepaskan peluang untuk melihat apa yang tersirat disebalik kilang Proton yang besar di tepi jalan kat Batu 3, Shah Alam tu. LAgipun, itulah sesatunya kilang kereta nasional milik Malaysia, apalah salahnya aku menyokong hari teknologi Proton. Aku sayang Malaysia makanya aku sayang Proton jua. Pelbagai aktiviti ada kat dalam kilang hari ni. Ada Go-kart, kita boleh masuk ke jabatan-jabatan yang bertanggungjawab menghasilkan kereta Proton, boleh tengok tayangan video, ada free gift, boleh "test-drive" kereta kat trek latihan dan macam-macam lagi. Esok mungkin aku pergi lagi
sebab menarik kan! Kalau korang rasa korang rakyat Malaysia dan sayang Malaysia, yang agak-agak boleh datang tu, silalah! Tak kenal maka tak cinta…. barangan buatan Malaysia! Malaysia Boleh!!!!